CARA MENGGUNAKAN PANDUAN INI

Panduan ini disusun untuk membantu anda mengenal pasti dengan yakin lapan spesies tenggiling ini, dan jika boleh, bahagian badan dan sisik tenggiling walaupun setelah diceraikan daripada haiwan tersebut.

Peta taburan ini direka bentuk hanya untuk membantu penguatkuasa undang-undang menentukan negara asal, dan laluan transit untuk spesies tenggiling yang diperhatikan dalam perdagangan. Peta ini tidak menunjukkan kawasan-kawasan taburan khusus di dalam negara berkenaan. Sebagai makluman, sesetengah negara adalah tempat asal kepada lebih dari satu spesis pangolin.

Kandungan panduan ini disusun mengikut ciri fizikal yang membezakan setiap spesis berdasarkan kepada gambar yang disediakan (penggunaan gambar secara berulang adalah kerana gambar tenggiling agak sukar didapati). Ringkasan tentang spesies menyatakan ciri-ciri pembeza yang utama.

Profil, ukuran panjang, corak sisik, kaki, dan nisbah ekor kepada badan dapat membantu anda mengenal pasti haiwan yang hidup atau mati tanpa ditanggalkan sisiknya. Panjang dan nisbah ekor kepada badan dapat membantu anda mengenal pasti haiwan mati yang telah ditanggalkan sisiknya.

Sebagai peringatan, setiap individu tenggiling mungkin mempunyai perbezaan dan tidak sepenuhnya seperti apa yang dinyatakan di dalam panduan ini.

Panduan ini juga menyenaraikan nama, alamat dan nombor telefon organisasi yang boleh membantu anda menangani kejadian yang melibatkan haiwan yang masih hidup.