SPESIES TENGGILING ASIA: KEPALA DAN PROFIL

Odoo - Sample 1 for three columns

Tenggiling China (Manis pentadactyla)

Telinga luar terbentuk dengan baik; pertambahan saiz sisik secara beransur-ansur di bahagian belakang telinga; warna kulit jauh lebih cerah daripada warna sisik; kepala lebih pendek (dari leher ke muncung) berbanding dengan tenggiling Sunda

Odoo - Sample 3 for three columns

Tenggiling India (Manis crassicaudata)

Telinga luar terbentuk dengan baik; terdapat banyak sisik kecil di bahagian muncung, saiz sisik bertambah bermula dari bahagian belakang telinga; warna kulit lebih cerah sedikit daripada warna sisik.

Odoo - Sample 3 for three columns

Tenggiling Filipina (Manis culionensis)

Telinga luar terbentuk dengan baik; sisik agak sama besarnya di belakang telinga; warna kulit lebih cerah daripada warna sisik; kepala lebih pendek (dari leher ke muncung) berbanding dengan tenggiling Sunda.

Odoo - Sample 3 for three columns

Tenggiling Sunda (Manis javanica)

Telinga luar terbentuk dengan baik; pertambahan saiz sisik secara beransur-ansur di bahagian belakang telinga; sisik di belakang telinga berabung sedikit; warna kulit lebih cerah daripada warna sisik; kepala lebih panjang (dari leher ke muncung) berbanding dengan tenggiling China dan Filipina.