TENGGILING ASIA: RINGKASAN TENTANG SPESIES

Odoo - Sample 1 for three columns

Tenggiling China (Manis pentadactyla)

Ukuran kepala (dari leher ke muncung) lebih pendek berbanding dengan tenggiling Sunda; cakar depan lebih panjang daripada cakar belakang; ekor lebih pendek daripada panjang badan dalam spesis ini berbanding tenggiling Filipina, Sunda, Berperut Hitam dan Berperut Putih; ekor jenis separa paut.

Odoo - Sample 3 for three columns

Tenggiling India (Manis crassicaudata)

Mempunyai saiz sisik terbesar berbanding dengan tiga spesies tenggiling Asia yang lain; cakar depan lebih panjang daripada cakar belakang; ekor paling tebal berbanding dengan semua spesies tenggiling Asia yang lain; ekor lebih pendek daripada panjang badan dalam sepsis ini berbanding tenggiling Filipina, Sunda, Berperut Hitam dan Berperut Putih; ekor jenis separa paut.

Odoo - Sample 3 for three columns

Tenggiling Filipina (Manis culionensis)

Ukuran kepala (dari leher ke muncung) lebih pendek berbanding dengan tenggiling Sunda; lebih banyak baris sisik berbanding dengan semua spesies lain; sisik lebih kecil berbanding dengan tiga spesies Asia yang lain, Tenggiling Tanah dan Tenggiling Tanah Gergasi; cakar depan dan cakar belakang hampir sama besar dan sama bentuk; ekor jenis paut sepenuhnya.

Odoo - Sample 3 for three columns

Tenggiling Sunda (Manis javanica)

Ukuran kepala (dari leher ke muncung) lebih panjang berbanding dengan tenggiling China dan Filipina; kurang banyak baris sisik berbanding dengan tenggiling Filipina, tetapi lebih banyak baris sisik berbanding dengan tenggiling India; cakar depan dan cakar belakang hampir sama besar dan sama bentuk; ekor jenis paut sepenuhnya.