PENGENALAN KEPADA TENGGILING

Tenggiling adalah satu-satunya haiwan mamalia yang dilitupi sisik. Sisiknya diperbuat daripada keratin, iaitu bahan sama yang terdapat dalam rambut dan kuku manusia. Tenggiling hanya memakan semut dan anai-anai. Haiwan ini tidak berbahaya terhadap manusia. Untuk perlindungan diri, tenggiling akan menggulungkan badannya menjadi seperti bola apabila menghadapi ancaman.

Tenggiling, dan juga sisik yang telah ditanggalkan daripada badannya, sering didagangkan secara haram.

Di luar Afrika dan Asia, tenggiling tidak diketahui secara meluas. Terdapat sejumlah lapan spesies tenggiling: empat di Afrika dan empat di Asia. Kelapan-lapan spesies tenggiling ini tersenarai pada Lampiran I Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam (CITES), iaitu peringkat perlindungan antarabangsa yang tertinggi. Selain itu, tenggiling dilindungi oleh perundangan kebangsaan di negara-negara asalnya.

Spesies tenggiling dikenali dengan beberapa nama biasa dan nama saintifik. Bagi tujuan panduan ini, lapan spesies tenggiling ini akan dikenal pasti seperti yang berikut: